EduFun Studio adalah satu gerakan (ruang) yang mahu menjadikan permainan papan (boardgame), kad (card game), prop atau apa sahaja keseronokan yang mampu mencetuskan semangat ingin tahu di kalangan kanak-kanak, remaja, belia dan warga seluruhnya bagi mendalami satu-satu pengetahuan dan mengasah kemahiran dan kepintaran.
CATAN
Pernahkan anda bermain satu permainan papan yang boleh bernegosiasi dan bertukar-tukar sumber antara pemain?
Ini adalah permainan papan (boardgame) yang membantu membina pemikiran strategik dan kemahiran berunding. Pelbagai strategi bagi memenangi permainan ini. Mereka yang nampak sedang mengumpul mata bukan semestinya orang yang akan memenangi permainan ini. Jangan hairan yang nampak ketinggalan tiba-tiba mengumumkan mereka memenangi permainan.
AZUL
Bagaimana satu permainan papan boleh membuatkan anak-anak mahu menguasai kemahiran asas matematik?
Ini adalah permainan papan yang dapat menarik minat anak-anak menyukai asas matematik kerana mereka mahu memenangi permainan yang cantik dan menarik. Permainan ini apabila dimainkan biasanya akan dimenangi oleh wanita (berdasarkan pengalaman) beberapa kali kami bermain permainan ini.
CHAI
Adakah anda tahu teh terdiri daripada pelbagai perasa dan kombinasi bahan yang menarik untuk dicuba?
Ini adalah permainan yang seronok dan berinformasi yang sesuai dimainkan bersama ahli keluarga. Permainan ini mengajar mengenai fokus dan bagaimana mereka perlu menyusun strategi untuk segera mengambil peluang bagi setiap pusingan.



